Khamis, 17 Disember 2009

Selamat Tahun Baru...

Disember bkl melabuhkn tirainya dgn seribu satu kisah dlm hidup kami sekeluarga..Perkara terbaik yg blaku tentulh dgn kelahiran auni alisha permata hati kami yg ke 2..syukur ke hadrat Ilahi atas kurnianya,terasa lengkap hidup kami dgn sepasang cahaya mata.Disember ni jugak genap 4 tahun perkahwinan kami,suka duka dikongsi b'sama dan masih dlm rekod x pernah b'gaduh tau..klau yg ciput2 tu ada la..hehe..Apapun kami sentisa berusaha utk m'berikn yg 'terbaik' utk anak2.Ukuran untuk perancangan prestasi tahun hadapan? Insya-Allah, aku akan kekalkan momentum sekarang. Itu janji aku pada diri sendiri. Mungkin ada beberapa perkara boleh aku perbaiki,mungkin ukuran ‘terbaik’ itu yang tidak sama antara aku dengan orang lain. Yalah, kadangkala terasa juga bahawa aku ini memberikan tekanan kepada diri sendiri. Tetapi apabila aku fikir-fikirkan semula secara rasional, tidak salah rasanya kalau letakkan penanda aras yang agak tinggi kepada diri sendiri. Itu tandanya aku mencabar diri sendiri untuk memberi yang terbaik..

Rabu, 16 Disember 2009

Sesi training..

Auni dah start nk belajar merangkak,nk tau siapa trainer dia.. haa..abg adib dia la yg duk ajar adik nye nie..siap la adib kena kejar nnti dgn auni..go auni..!

adib & auni

Ada macam adik beradik x diaorg ni..?rasa mcm ada ms adib kecik2..

Ahad, 13 Disember 2009

Leka btl auni dgn labtop abg dia..
smbl2 mata tgk tv..

Isnin, 7 Disember 2009

Along syira,iqah,adib & auni bgambar kt tv br adib...
Gmbr2 adib dgn keta power kt karnival jom heboh d Bkt Jalil..seronok sgt dpt tgk keta ferrari kt depan mata..

Jumaat, 4 Disember 2009

Possing..

hobi auni skrg main dgn buku,klau dia dpt..hbs hancur la buku tu.. keje ma dia la ni,suka sgt dudukkn auni.x sabar2 nk tgk dia duduk,merangkak,berjln..ape pun auni tetap steady & control cute bl ma dia bt ape pun kat dia,hehe..cayang auni...

Jumaat, 27 November 2009

Adib & Wawa

Ni wawa cousin adib belah ayah dia,sebaya dgn adib tp dia debab skit..ni la teman suka duka adib kt umah embah dia..main sama,mandi sama,gaduh pun sama..

Isnin, 23 November 2009

Cute x baby ni..

Gambar br AUNI

Ahad, 22 November 2009

Kenapa tak ramai sokong SUSUIBU????

Nak cite psl 3 hr lepas yg penuh emosi..ada la sorang akak kt sblh ni pi tegur aku psl bg susu bdn kat auni ni..ayat dia mcm ni..'kau ni bdn kurus sgt akak tgk,campur la dgn susu tin bg anak ko tu,anak ko mmg la debab tp ko yg kurus kering sbb bg dia menyusu,anak ko dh lasak nnti kurus blk dia..'Skt hati pun ada dgr akak tu ckp,nk lawan ckp dia kt ni pun ciput je lg pengalaman tntg bf ni ,tp sekurang2nya kt tau kelebihan susu badan ni.Auni sejak lahir x pernah pun kn demam,selesema ke..imun dia kuat brbanding abg dia,itu yg pentingnye,bkn setakat nk bg dia debab je..klau ikutkn byk lg komen2 negatif psl bf ni,tp pekak kn telinga je,biar la ape org nk kate asal kite tau ape yg terbaik utk anak kita.. BF bukan la sesuatu yang patut dijadikan taboo.....its a natural thing we should encourage about.....

Jumaat, 20 November 2009

8C SEBAB SUAMI BENCI ISTERI

C1. CABAR Lelaki mempunyai ego mereka tersendiri. Jadi mereka tidak suka dicabar terutama sekali oleh wanita. Wanita perlu tahu batas tindakan mereka agar lelaki tidak rasa tercabar. Isteri kalau bergaduh dengan suami mulalah kata “Kalau awak berani cubalah cari perempuan lain! Dr Fadillah kata JGN CABAR SUAMI… nanti suami buat betul-betul isteri juga yg putih mata… C2. CABUL Cabul ni bermaksud keji dari segi perangai sehingga seseorang wanita itu langsung tidak malu. Misalnya bergaul bebas dgn lelaki yang bukan muhrim tanpa menghirau batas pergaulan. Juga perbuatan & kata2 isteri yang tak sopan (isteri hilang sifat malu)seperti keluarkan kata2 yg tidak baik pada mertua… C3. CELUPAR Wanita yg cantik akan kelihatan hodoh jika mulutnya celupar. Celupar lebih kurang cabul juga. Isteri selalu cakap yang tidak manis, selalu terlepas cakap pada suami sehingga membuat suami jauh hati. C4. COMOT Terdapat wanita yg cantik tetapi comot. Comot ini samada melibatkan wajah wanita itu, penampilannya yg selekeh, kerja yg dilakukan serta tindak-tanduknya. Contohnya, isteri bila nak keluar rumah baru nak bersolek dan comel tapi kat rumah comot. Suami pula di tempat kerja asyik pulak nampak yg comel2 aje… Ada isteri kata - mekap untuk suami, tapi kat rumah tak praktik pun. C5. CEMBURU Cemburu perlu dalam sesuatu hubungan. Tetapi wanita yg terlampau cemburu hingga pasangannya merasa terkongkong akan membawa padah kepada perhubungan mereka. Ini membuatkan lelaki akan rasa diri mereka tidak dipercayai. Suami lemas kalau isteri cemburu berlebih-lebihan… sikit2 dok telefon suami kat tempat kerja. Suami baru balik kerja dah kita tanya macam-macam. Suami balik lewat overtime dah syak yg bukan2… C6. CEREWET Kata ulama hati wanita terletak pada mulutnya. Oleh itu wanita perlu mengawal percakapannya. Suami tak suka bila isteri cerewet tak bertempat. Contohnya kalau suami bawa makan luar, isteri nak tempat yang class2 aje. Restoran nak ada air-cond aje. C7. CINCAI Buat kerja rumah cincai, masak cincai, kemas rumah cincai, jaga anak cincai. Dr Fadillah kata suami paling benci bila isteri cincai jaga anak… anak dah masuk longkang tapi mak dok lepak depan tv lagi…. C8 CUAI Kebiasaan lelaki tidak suka jika pasangannya cuai terutama apabila ia melibatkan masa.. Misalnya apabila suami menetapkan keluar jam 3 tetapi pada masa yg ditetapkan isteri masih sibuk bersiap, bersolek, mengemas. Ini akan membuatkan mereka benci kerana situasi sebegini. 8C ini lambang keperibadian muslimah yang lemah akhlaknya. Berpelajaran tinggi belum tentu tinggi akhlaknya. Tapi kita insan yg mudah lupa & lalai… ada masa2 tertentu, mungkin juga kerana sifat suami & keadaan sekeliling yang buat kita mempunyai salah satu ciri2 8C tu. Renung2kanlah dan selamat beramal…..

Balik KAMPUNG...

Hari selasa ni nk blk kg dah..x sabar plk rasenye,mcm dah lame x blk je.Musim cuti nie best la klau nk gi jln2,bw mak blk sn pun best jgk ni,along syira pun dh cuti..Adik ku yg sorang tu pun msti nak ke sini punya,kaki jln dia tu.Esok pun dgr cite dia ikut rombongan skolah ke KLCC..

Rabu, 18 November 2009

Game,game,game..

Ni la hobi adib skrg ni,main game je dr siang ke mlm..x dpt la ma dia ni nak tgk cite peberet kt tv.To ayah-BELI TV lagi satu blh x..?hehehe..

Selasa, 17 November 2009

SusuIbu.com

Laman web ini adalah sebuah portal didedikasi khas untuk memberi panduan dan bimbingan serta perkongsian pengalaman mengenai Penyusuan Susu Ibu.So klau ada ibu2 yg ada masalah, blh la rujuk kat situ.Rmai otai2 susu ibu kat web ni.

Raya 2009

Petua 8P Ustazah Siti Nurbahyah

1) P yang pertama ialah 'puji' iaitu setiap pasangan perlu saling memuji antara satu sama lain dalam semua aspek kehidupan seperti masakan atau ucapan terima kasih apabila diberi pertolongan. 2) Katanya, P kedua ialah 'peluk' yang mana pasangan suami isteri hendaklah selalu peluk memeluk antara satu sama lain sekerap mungkin pada setiap hari kerana pelukan itu adalah belaian penuh kasih sayang. 3) P seterusnya ialah 'penghargaan' di mana amalan memberi hadiah boleh menambah kasih sayang. 4) 'Perhatian' adalah P keempat yang mesti diambil berat kerana kekurangan perhatian boleh mengakibatkan pasangan terasa diabaikan, katanya yang menulis buku Cakar Harimau - Tips Kebahagiaan Rumah Tangga, Amalan Ibu Mengandung dan Panduan Mencerdaskan Minda. 5) Siti Nur Bahyah berkata, P seterusnya mewakili 'persefahaman' 6) Menurutnya, P selanjutnya membawa maksud 'pergaulan' iaitu pasangan suami isteri mesti menjaga pergaulan masing-masing dengan orang lain bagi mengelakkannya daripada melampaui batas, menimbulkan cemburu seterusnya membawa kepada pembabitan orang ketiga. 7) Beliau berkata, satu lagi P adalah 'percutian' di mana kita perlu merancang percutian berdua-duaan dengan pasangan di tempat yang jauh daripada kesibukan dan kehidupan rutin. 8) Katanya, P yang terakhir ialah 'permohonan' iaitu doa kepada Allah supaya merapatkan kasih sayang antara pasangan suami isteri serta dijauhi daripada godaan kemewahan dan keseronokan dunia.

Isnin, 16 November 2009

Auni yang TOME

Anak2 Ku

Musim hujan

Bila musim ujan ni mula la asyik x sht je,ni tgh kena syeme2..(ayat adib).Mujur adib dgn auni x jgkit sama.Auni stakat ni susah nk tgk dia kn ape2 skt,antibodi kuat budak ni..Mungkin jgk berkat minum susu ibu dia ni dr kecik..alhamdulillah..ckp psl susu ibu ni mntk2 dpt la aku teruskn bg susu ibu ni smpi umur dia 2 thn atau lebih..

Jumaat, 13 November 2009

Hai semua..x tau nak tulis apa dlm blog ni sbnrnye..saje nak berblog mcm kaum2 ibu di luar sane.nak story pasal anak2ku pun ok jgk ni..Adib skrg tgh gile main ps2 dia,game kete je la..GILE KETE BUDAK TU..he he..mane x nye,ms pregnant kn dia,aku dgn abg pi tgk wayang cite 2fast 2furious..